She's gonna wait..

Thursday, March 31, 2011

microteaching, saya dan kuiz. :P

currently tengah online, sambil dengar lagu, sambil mengelamun jauh fikir.

what's on your mind?

sudah terang lagi bersuluh tajuk di atas; microteaching.

untuk subjek linguistics, everyone kena come up dengan sesi belajar bahasa asing. tak kisah la bahasa apa pun, preferably other than English.

so, sekarang, aku tengah berkira kira nak mengajar BM loghat utagha.

but my main concern is; can they say all these words "mai aku nak habaq kat haaaang!"? takdak aih melawak ja nih :D

even nama aku, lecturer jepang itu mula mula sebut 'Quistina'. adeh, kuiz pun kuiz la hehe :P

any topic nak suggest? keep in mind, this one is for beginner. REAL beginner. :)

p/s : semalam aku pegi mengajar science untuk Year 3-4, and they were really adorable. sangat! tambah tambah bila aku tanya, "Do you know where Malaysia is?" and one of them said, "It's in India!" :P konfiden itu penting! haha

take care, wassalam. with love, Quistina. haha

Tuesday, March 29, 2011

SPM, 3 huruf yang boleh buat ketaq lutut

betoi ka ketaq lutut? hangpa ghasa?

bagi yang dah lepas, mungkin boleh tarik nafas lega. yang belum, masih tercungap cungap study hard (konon), dah mula gelabah bewak. pagi petang tuisyen, siang malam baca buku. hidup tak bersosial bila lagi sebulan nak exam, lagi dua minggu, tak keluar bilik langsung. kalau dua hari lagi nak spm? ape hal la sangat spm ni?

based on my experience, aku belajar sekolah menengah hanya semata semata 3 huruf ni. bukan nak kata aku tak dapat ape ape ilmu langsung for these 5 years, tapi, macam yang aku cakap awal perenggan ini, mostly aku study sebab nak lulus cemerlang SPM. ya, itu sebab dia.

orang cakap SPM penentu masa depan. SPM cemerlang, dapatla offer bertimbun timbun pegi overthesea, unibersiti tip top punya, dan ganjaran lumayan wang biasiswa untuk dihabiskan tak tentu hala. SPM lingkup, hai hai bye bye, gelap masa hadapan. itu orang cakap. oraaaaaang cakap.

tapi aku tak rasa macam tu.

sebab banyak je bisnes-bisnesman kat Malaysia, belajar takat SPM, tapi nah, harta berbilion bilion (kau ada?). boleh je SPM biasa biasa aja, belajar kemahiran je (contoh; baiki air cond) tapi siap boleh bukak kedai company sendiri (kau ada lagi?). boleh je belajar takat SPM, jadik artis cuba nasib kat realiti tivi. ouh itu kes lain.

so, ape hal la video budak perempuan nak bunuh diri pasal SPM kat youtube? entah betul entah tidak, but frankly speaking, not worth it la kalau nak mati sebab SPM. dahla berdosa, tak kawen lagi, dah tu bikin susah bomba nak selamatkan pulak. sekali bomba tu yang tertungging jatuh bangunan, sape mau jawab? adeh

tolongla, SPM is not the end of everything. like serious, good result tak semestinya budak tu pandai genius otak geliga. otak jenis menghafal mungkin? dan apa yang penting sekarang, skills.

"majikan sekarang dia tak tengok result semata mata, dia nak extra. skills." (Ayah, 2007)

sebagai contoh, kalau ade dua calon nak isi jawatan kerja kosong sebagai eksekutif kat company besar, yang A; nothing special, yang B : boleh baiki mesin fotostat dan air-cond, aku rasa aku amek yang B kot. save duit company kalau bab bab maintenance. communication skills pun kena mantap jugak, kalau tak, tak guna ada otak Einstein kalau tak boleh berinteraksi dengan mesra cepat dan betul. aiseh ni macam tips tips nak lulus interview dah ni. heh

another thing, SPM lingkup, macamla takde pilihan lain. berlonggok, pilih je mana nak. mau dengan tak mau ja weh. segala macam jalan, inisiatif depan mata. jangan dok pi cari yang dok bawah jambatan cucuk tang sana, cucuk tang sini sudah la ye?

SPM bukan penentu masa depan, dia cuma bagi jalan nak pegi masa depan macam mana. kita pikiaq ambik noh.

SPM - Sijil Padang Mahsyar lagi penting weh!

take care, wassalam.

Monday, March 28, 2011

zaman form form

orang cakap waktu high school adalah waktu paling best dalam dunia. betul ke?

aku tak rasa camtu pun.

zaman form form aku tak banyak yang aku rasa best macam yang aku baca dalam blog maktab. rajin betul kengkawan post lately. mau gelak mengekek aku baca doh.

macam aku, waktu lower form, takde ah nak memori sangat. waktu tu aku still blur blur lagi. takde arah tuju. muka dahla sememeh (okay sape penah tengok muka aku, mesti sengih sengih ada makna), dengan hidup tak terurus nya. itu waktu lower form. baru nak kenai dunia. waktu tu layan lagu radja, mana nak ada bunkface. takde ah nak gatal gatal usha, mungkin tak matang lagi kot nak fikir pasal boyafren. biasala, budak baru nak tumbuh jerawat.

naik upper form, rasa sedar diri tu baru muncul. baru nak terfikir masa depan, mula la nak menggalak cuci mata. kena pulak tahun exam besar, gelabah gak la sikit sikit. tapi cool lagi. boleh pulak lawan bet trial spm dengan budak pandai kelas aku. rajin buat taik mata dalam kelas, tapi bila exam, oh wow! ha, macam tu la reaksi aku bila dia menang bet. adeh -_-"

waktu kat hostel pulak, kalau time cuti, kemalasan itu berganda ganda kalau nak turun dewan selera. yela, kalau dah kena jalan sejauh 700 m one way untuk mencari sesuap nasi, aku rasa ayam pun taknak pegi. baik dia kais tanah cari cacing pita weh. so, nak jadi cerita, satu hari aku dengan roommate aku, suria plan nak buat megi goreng. tapi sebab kebuluran yang teramat, megi goreng jadik megi kuah. nak save masa la konon. serius inovatif kot. yang tak best nya, bab rasa. pelik ya ampunnn! sumpah pasni tak ubah megi goreng jadi megi kuah dah. insaf dah

prep hujung minggu macam prep sekolah bapak sendirik. ikut suka nak mai pukul berapa, nak balik pukul berapa. nak pulak semua pakat serbu kedai belakang, tapau roti canai 2 bijik. sampai kelas, satu kelas bau roti canai! prep start sejam selepas itu. adeh la budak budak ni, macam mana nak maju dei?

waktu outing, waktu kegemaran aku. sebab ape? parents aku datang, so, boleh la nak jimat duit. semua perbelanjaan ditanggung halal. takde nak kopak pakai duit sendirik. port makan terbaik aku, nasi ayam sebelah yawata. tak tau la ade ke tak lagi weh, tapi yang paling aku ingat, nasi itik. terbaik ah!

zaman form form aku takde ah kejadian kejadian gempak cam korang, tapi still, aku suka sangat waktu tu. apesal ha? sape sape boleh jawab?

memori kot. :) wish she can turn back to the time she remember the most. high school.

p/s : sape suruh post entry banyak banyak pasal sekolah? kan aku dah buang masa membebel kat sini. tsk

Thursday, March 24, 2011

syukur 21

salam and greetings.

current khabar angin yang aku terima dari malaysia

eh, dengar cerita tengah rancak kat malaysia pasal ke politician naik turun mahkamah. itula, politik ini kotor, memang aku malas campur bab bab politik ni. no offense eh, kalau aku cakap aku tak berminat pun nak amek tawu. sebab orang guna politik mostly untuk self-interest. gebangla banyak mana pun pasal politik, aku just bleh tadah telinga dengar je la. but tak bermakna aku tak nak mengundi. itu hak sebagai rakyat malaysia kan? :)
maybe kalau ada politician yang betul betul jujur ikhlas amanah, aku berminat kot? :))

dan sebagai pelajar tajaan, haruslah aku amek tawu pasal ini.

aku pelik betul la, kalau seorang pelajar tajaan pergi overthesea pakai duit rakyat, and yet boleh berfikir Gomen tak adil la, tak bagus untuk memerintah, takde kepimpinan la. so, sape la yang hantar korang jauh jauh? sape yang bagi elaun bermacam macam, duit mau ribu riban masuk je sem baru? siap ade jaminan kerjaya (contoh macam aku) lagi. bukan nak menyokong mana mana pihak, just aku mintak, reti reti la bersyukur sikit. kerajaan dah pilih nak hantar belajar jauh jauh as in balik nanti dapatla berkhidmat untuk anak bangsa. cuba fikir, kalau la kata dia bagi tajaan semua dekat koloni koloni sesetengah parti politik tu je camne? korang ade termasuk tak agak agak? waktu tu baru betul betul tak adil derr.

itu baru satu hal. tak masuk lagi kes 'brain drain'.

kalau ikut betul betul terjemahan nya, iaitu 'otak longkang', apa yang aku faham, bila rakyat sesebuah negara yang pernah merantau untuk belajar di negara lain, dan akhirnya enggan pulang berbakti di negara sendiri sebab faktor gaji ciput, pangkat susah naik la, ape entah lagi alasan bertimbun timbun, dan sanggup kerja kat overthesea lagi. yela, gaji lumayan, nama pun kerja luaq negara wei! sapa takmau.

tapi tapi, kalau dah nama pun 'brain drain', meaning tenaga kepakaran yang sepatutnya bantu negara untuk maju pun dah cabut lari pegi negara lain, hehh. entahla. geram memang dah sepasai, nak nak pulak penah dapat biasiswa Gomen. memang tak sedar dek untung betul. malas cakap banyak, padahal aku rasa aku memang dah cakap banyakkk ni

so, don't expect negara akan maju kalau ada orang orang macam ni. serius tak ke mana. belajar belajar bersyukur sama nah! :)
itu pada pendapat aku. baru pendapat, bukan fakta okay?

politik memang subjek kontroversi kalau nak dibincangkan. tapi kalau bab bab bersyukur, aku rasa semua orang pun tawu nak bersyukur kan? :) i guess, that will end my entry untuk kali ni.

kurang kan kontroversi, tingkatkan prestasi. layannn

take care, wassalam.

Monday, March 21, 2011

chill. chill. chill.

entri ini bersifat personal. kalau ghasa tak mau baca, feel free nak tekan exit.

aduis. hati halus betul.

sejuk sejuk ni, fikiran melayang jauh. jauh betul. merata rata dia pergi. tapi kat area malaysia dengan sulawesi sahaja, tidak termasuk siam, pakistan, hongkong atau lain lain.

ya, malam malam buta ni hati mula tak tentu arah, bila mana maksu tersayang menge-post sesuatu di Muka Buku ku.

"oh my yummy.....such a delicious meal i have....:p" (Maksu, 2010)

cool hati, cool macam Mat Kool. seraya itu, pantas aku me-reply,

"xmau tauuuuuuu" jelas untuk tidak menambah lara di hati. tapi dalam hati, ada satu perasaan kurang enak. bisa diagak apakah 'delicious meal' itu.

untuk menjaga hati, maka beliau tidak jadi untuk meneruskan niat men-jeleskan anak sedara beliau yang comel ini. namun begitu, tatkala aku sedang mmemujuk hati yang tercalar ini, mataku tertancap kepada 1 tanda merah pada bahagian atas Muka Buku, 1 notification.

"but whenever i eat this, i'll think of u....it really haunted me....huhuhu"

automatically macam pintu automatik hujan yang turun bagaikan mutiara (kalau nak feel sekali, meh join sing along ramai ramai lagu Sudirman meh)

apehal sentap sangat chek pun tak tau. ada banyak probability di sini;

a) sebab aku tawu 'delicious meal' itu charkueyteaw
b) sebab aku rindu char kuey teaw sangat sangat wa cakap sama lu
c) sebab aku tengah lapar
d) sebab.. aku memang ade penyakit-rumah
e) sebab... rindu.

enough said. chill la babe! chill chill chill nah chek tulis kat status chek banyak banyak bagi chill sikit noh.

Friday, March 18, 2011

cita cita

salam and greetings.

yea, post kali ni awal dari biasa sebab sekarang aku tengah lepak dekat library.

terkejut? ouh sila jangan buat muka terkejut beruk sebab aku datang library ada hajat. bukan saje saje konon ulat bulu nak baca buku.

internet uni sudah semestinya tiptop, jadi selayaknya saya menghabiskan masa melayari laman sesawang dengan suksis nya.

topik hari ini; cita cita

"nanti besar nak jadi ape?"
"dia nak jadi doktor nanti" pantas ayah menjawab.

itulah statement biasa aku dengar bila aku kecik kecik dulu. senang cerita, mungkin sebab aku anak perempuan sorang yang agak okay okayla sikit dalam akademik, jadi, dia dah aim aku jadi doktor. setiap kali dalam kereta, mesti ayah pesan, "nanti, abang jadi engineer, ina jadi doktor, faris jadi lawyer, farihin jadi arkitek". semua nak yang besar besar. biasalah, ayah kan.

sampai aku dah masuk sekolah menengah, memang satu je cita cita aku. nak jadi doktor. harapan tinggi kot. disebabkan sekolah aliran sains, memang ayah yakin tak mustahil aku jadi doktor. tapi aku perasan, sejak dari sekolah rendah, sains aku memang lingkup. kalau yang cukup cukup makan punya markah, sains la tu. kalau yang paling teruk, sains la tu. tak de subjek lain dah. sekolah menengah pun satu hal jugak. biology bukan aku tak minat. fizik dengan kimia lain cerita. tapi, nak buat macam mana, harapan tinggal harapan.

bila masuk nak spm, aku mula berfikir dua kali. kalau aku amik medik, ish. aku boleh bawak ke ni? bio pun tergagap gagap nak markah pen biru. so, aku jadi 50/50.

result dah keluar, aku dapat dua offer. satu, offer sains hayat kat UM. satu lagi, TESL kat maktab perguruan. waktu tu, dilema hanya Allah yang tawu. nak kejar cita cita dan harapan ayah, atau nak play safe jadi cikgu?

ayah bagi aku peluang nak decide masa depan aku waktu tu.

and here i am now. :) kadang kadang kita kena korbankan cita cita, face the reality. tak salah punya cita cita, sebab kita akan lebih semangat nak capai impian. cumanya, jangan lupa nak berpijak di bumi yang nyata. there is always a reason behind something. :)

konklusinya, jangan lah meletakkan cita cita yang tinggi pada anak anda. eh tak. maksud aku, cita cita is still cita cita, it will be good if we can achieve it. tapi kalau dah tak dapek den nak nolong, toksahlah menaruh harapan impian palsu. kita still boleh sukses dengan cara lain kan? :)

nanti nak suruh anak jadi doktor la, senang sikit dah tua tua boleh check free. haha

p/s : ok ape jadi cikgu. cuti banyak, gaji pun not bad. yang penting, takde guru, takdela PM, arkitek, lawyer, akauntan mahupun doktor. :>

Wednesday, March 16, 2011

wish me luck.

lately, emosi tak stabil.

like serious, tumpah si aye perkara normal.

guess i need to be stronger. stronger qistina.

everything happens for a reason. you like it or not, He knows what's the best for you.

wish me luck guys. enough of this.

promise me one thing; take care.

wassalam.

Sunday, March 13, 2011

history, and forever in memory.

salam and greetings.

satu minggu sudah berlalu and here comes another entry! eksaited tak? (muka teruja)

okay takdela. biase la, aku exaggerate je lebih. eleh, korang tak hairan pun pasal sejarah kan kan kan? (mata kejip2 buat buat comel)

tapi kan, sejarah la yang paling best weh. serius, tak tipu. except la korang jenis suka tidur membuta waktu cikgu azizan suruh buat latihan buku kuning dalam kelas. ehem ehem sape terasa amek. :P

kenapa thesis statement aku mengatakan sejarah paling best?

well, bagi aku, kalau takde sejarah, camne korang nak kenal diri korang sendiri? contoh yang paling terdekat, let say aku la kan. perlu ditekankan di sini, ini adalah contoh semata mata tiada kena mengena dengan kehidupan asal. :P okayla, aku ni jenis malas nak amek tawu pasal sejarah. nenek moyang aku semua aku tak tawu sape, asal mana. ibu ayah pun jenis tak bagitawu sejarah keluarga. padahal yang sebenarnya, aku anak kacukan. tapi sebab malas nak amek tawu, tak suka nak kenal sejarah, maka aku pun tak tawula aku ni anak kacukan sebenarnya. siam-bugis. :P haha see? dah terlepas peluang nak ngaku anak kacukan. :P

lagi satu. kalau la kita tak suka sejarah kan, macam mana kalau once again kita terpaksa berhadapan dengan penjajah2 negara dulu? ya ini bersifat patriotik, jadi jangan gelak gelak bila baca part ini kerana sememangnya realiti kita kena belajar sejarah untuk sedar kesilapan negara suatu ketika dahulu. aku rasa tak payah kot aku nak cerita balik ulang tayang macam mana Melaka kena tawan mula mula dulu. tak payah kan? semua dalam kepala otak lagi kan?

ya, sejarah mungkin bosan kalau bab nak mengingat fakta, tarikh penting semua, tapi kalau difikirkan balik, waktu kita darjah 1 masuk sekolah nangis sebab takut ustazah marah bila melukis dalam kertas A4 padahal kena lukis dalam buku latihan, itu adalah sejarah. ter-complex pulak sentence kat atas. nak ikutkan, semua orang ada sejarah masing masing. ayah aku pun ada sejarah dia jugak, sebab dia cikgu sejarah. aku tawu korang pun ade sejarah masing masing kan? :D

sejarah yang paling aku suka, waktu sekolah. terimbau balik kot dari hari first daftar, muka selenga je, sampai dah abes sekolah, then sekarang rasa nak kembali ke zaman sejarah dulu. dulu dulu punya, zaman sekolah menengah. :P rasanya sebab ada banyak events yang bermakna, and sebab tu la sampai sekarang teringat ingat. ye tak? :D

so, hargailah sejarah anda. dan make sure sejarah anda adalah sejarah yang best untuk diingati, sebab aku pun taknak ingat sejarah yang tak best. mestila nak cerita kat anak cucu sejarah yang gempak gempak kan? get the point? :P make a difference, and sekali jadi history, forever in memory. :)

ps: topik ini tercetus ketika penulis ber-skypeing dengan dot dot dot.

till then, take care! wassalam. :DD

Thursday, March 10, 2011

distance.

Bruno Mars - Long Distance

There's only so many songs
That I can sing to pass the time
And I'm running out of things to do
To get you off my mind
Ooohh,no

All i have is this picture in a frame
That I hold close to see your face every day

With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me

Now the minutes feel like hours
And the hours feel like days
While I'm away
You know right now I can't be home
But I'm coming home soon,coming home soon

All i have is this picture in a frame


"In true love the smallest distance is too great, and the greatest distance can be bridged.”
-- Hans Nouwens

Wednesday, March 9, 2011

words

everything for you is not everything for everybody.

you've got to think about others too.

words are just words, unless you walk the talk.

sorry seems to be the hardest word. sorry qistina, you're the one i've been talking about now.

Saturday, March 5, 2011

cabaran onak duri.

salam and greetings.

almost a week dari last post, so, aku decide, satu minggu satu entri. takpa kot noh?
alah, aku tawu aku tak tulis sini pun bukan sape nak sedar. *nak tacing* hehh.

berdirinya saya di sini adalah untuk membahaskan bla bla bla. okay this sounds skematik. dulu dulu darjah 4 korang pun ade gak an buat ucapan camni doh. jangan buat kiut taknak ngaku.

cabaran. ya, memang banyak betul cabaran yang aku hadapi sekarang. baik dari segi jasmani, rohani, fizikal, mental, terasa challenging jugak ah bila mana aku tengok blog aku sudah jarang ter-update kalau nak banding dengan blog maktab. takpe, cool, kita tengok dari jauh sudah. lagipun bukan ke aku ni jenis suka stalk baca blog? *ayat bajet cool*

takpe la. tu takde ape sangat. tapi bila aku rasa yang aku ni susah betul nak bangun pagi tatkala cuaca sejuk merembang bulu roma tegak taknak terkena air, itu memang cabaran. terasa tercabar keimanan sebentar bila nak bangun subuh weh. it's almost freezing kat sini, kau nak pegi amik air semayang? ala, kau tidur jela dulu, bila lagi nak buat taik mata puas puas? tu dia syaitonnirrajim menghasut weh. ishk.

dah habis satu cabaran. next, makanan. well, dah aku suka makan, memang jelas ketara tercabar nafsu makan bila mana kau pun was was nak makan ke tak, nak makan ke tak. kalau dok umah, bolehla kau masak, tu no hal. tapi kalau kat luar? bukan macam kat malaysia, kau boleh bedal je kedai mana kau suka. semua dijamin halalan toyyiba. kfc memanggil manggil weh! ishk.

setel bab makan, masuk pulak bab sosial. jangan expect la macam kat malaysia weh, semua totally different. parti parti parti, nak dengan tak nak join je. tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera kerana dikhuatiri anda lebih 'berselera' lalu terjatuh ke dalam kancah __________ (sila isi tempat kosong). ishk.

aku bagi tiga dulu cukup kot noh, esok esok aku update lagi.

so kepada anda anda yang berhasrat atau menyimpan impian pegi ke luar negara, rasa rasa lulus tak bab cabaran ni? malas cakap banyak, simpan sendiri sendiri sudaaaahhh

take care, wassalam.