She's gonna wait..

Saturday, April 30, 2011

she mumbles

esok hari last cuti easter.

welcome back to hectic life. hello, lecture hall. oh, hi books and assignments. well, be good to me for this May and June.

and, Happy Birthday in advance to my only big brother. hope cepat cepat dapat kerja, cepat cepat bina masjid, cepat cepat bagi aku title mak ngah. then baru aku boleh kawen hihi. :D eh lari topik pulak.

alhamdulillah, faris dapat matriks. :) well, glad sebab aku tawu he's brilliant, cuma malas ja nak belajaq. biasala, kakak dia paham aih. serupa dua kali lima kemalasan itu. :D hope he can do his best there, insyaAllah.

eiein pulak? rindu pulak kat dia. sabar, rindu itu indah kan? :) skype pun dah cukup. hehe :D

dah dah. dia ni bukan boleh kira. satgi mai penyakit lama berulang kembali, mau haru jugak makmal komputer kang banjir.

and i'll be waiting. :) take care, wassalam.

Friday, April 29, 2011

another trip.

the title should be "another meaningful trip".

:)

salam and greetings.

how is it going? :D baru sampai rumah about 3 hours ago, and yet she is still awake at this moment.

about the trip?

want to know what did i get from the trip?

.
..
...
....
...
..
.

countless, infinity, beyond your imagination punya experience.

nak ceghita aku pun tak tau nak mula dari mana.

tapi serius, SERIUS in capslock means serius ni, first thing yang popped out in my mind ; "YA ALLAH! cantiknya scenery!" like SERIOUS, camera tak boleh gambarkan betapa cantiknya bumi Allah. memang speechless waktu mula mula tengok bukit bukau, gunung ganang, tasik, biri biri, lembu. terhampar luas depan mata aku, sampai aku tak boleh nak describe in details. everything in place, in order, memang cukup sempurna bagi mata aku manusia biasa. mungkin korang boleh tengok gambar pixels camera di fb nanti bila aku dah upload, but serius, korang kena ada kat sini untuk rasa apa yang aku rasa. feels like kerdil sangat bila lalu di tengah tengah gunung ganang, and you can see snow caps kat atas gunung. like seriously, dah berapa kali aku ulang serius pun aku tak tau, tapi, serius, aku serius.

mungkin ini hikmah Allah bagi aku peluang jejak kaki kat sini. dapat peluang nak lihat semua benda ni, really makes me think again, betapa besar kuasa-Nya. syukur, sangat bertuah dapat rasa perasaan ini. sebab bila direflect balik, dalam hidup, berapa kali pernah kita rasa bersyukur? pernah tak kita rasa ada kuasa yang lagi besar, yang mencipta, yang memberi apa yang ada di depan mata?

personally, aku tak cukup lagi ilmu kalau nak bercakap tentang agama. tapi, just want to share this feeling, bila kita rasa terkesan di hati when we get to see the signs. cuba dengar lagu "Open Your Eyes" by maher zain. just hayati the lyrics. :)

another significant memory; ukhwah. untuk trip ni, aku join group senior tesl and students dari christchurch. from the first day, sampai hari last, aku rasa aku dapat something from ukhwah yang terjalin. rasa rapat sangat bila orang yang baru kenal tak sampai 4 hari boleh menangis bila nak berpisah. rasa tenang hati bila tawu ada kawan kawan bersama sepanjang perjalanan itu. dan yang paling penting, kawan kawan itulah yang akan sentiasa bersama waktu susah senang, ajak kita ke arah kebaikan, tegur menegur, dan ingat mengingati antara satu sama lain. :)

aku tak la sebaik mana kalau nak bercakap tentang ini, tapi i do feel something about this. :D

well, enough kot untuk hari ni. mata dah minta ditutup, tandanya nak rehat cukup cukup. see you soon. take care, wassalam. :)

p/s : nanti check-it-out gambar facebook akuuu! :)

Monday, April 25, 2011

i'm leaving...

for a short vacation.

InsyaAllah esok aku akan mula travelling. destinasi; Wanaka, Queenstown, Mount Cook, dan lain lain aku pun tak berapa nak sure. so, i won't be around these 4 days 3 nights.

anything, just send me a message through facebook. petang ni pun aku dah nak hantar laptop kat umah kawan. so, have a good week, friends! :) doakan aku dan kawan kawan semua selamat. insyaAllah, nanti aku update dengan gambar gambar. and bad news; camera rosak. :( sedih dia lain macam bila travelling takde camera. huwahuwahuwa

and kuma kuma, sori sebab terpaksa ditinggalkan. :( kalau boleh, nak je aku bawak. tapi... ish buruk beno ghupenye. takpe, nanti ada souvenir aku belikan. okay kuma kuma? :)

take care, wassalam. don't miss me, cause i know you won't. ecewah ayat. blahla. haha :D

Sunday, April 24, 2011

tipikal love story.

baru lepas tengok 25 episod boys over flower. memang tengah berbunga bunga hati sekarang. oh my. rasa macam best gila ending macam tu. happy-ending, macam fairytale. hero dengan heroin sekali. banyak gila obstacles along the way, tapi boleh overcome. everything memang sweet banget.

dan memang aku sedar, aku jenis suka happy ending. buatla sad ending ke, ending tergantung ke, rasa nak emo tu mesti ada. mai part sedih, pelakon menangis, bertakung di tepi anak mata. ni kalau happy, senyum je memanjang sorang2. biasala, tumpang seronok. ceh.

tapi in realiti, mana nak dapat weh. dah nama pun cerita, memang rekaan semata mata takde kena mengena dengan real life. sebab tu kot diorang buat cerita camni. nak bagi orang macam aku berangan banyak banyak. haihs no good, no good.

berangan takpe, bukan kena bayar pun kan? (K.A., 2011)

so, takpe la kan aku nak ulang tengok boys over flower lagi sekali? hah, sudah. dia buat dah ketagih koreaaa.

p/s : hero? aku suka jun pyo bila dia gaduh dengan jan di. kalau bab2 lend me your shoulder to cry, aku suka ji hoo. ni aku malas start tengok korea ni. probability untuk tengok lagi sangat tinggi. adeh.

Thursday, April 21, 2011

sweet dah ni, nak melting boleh?

aku tengah tengok cerita korea, Boys Over Flower.

cakapla aku ketinggalan or what-so-ever, tapi baru episod 2, aku dah gelak mengekek.

serius comel gila hero dengan heroin! :D

jun pyo nakal gila, ji hoo pulak gentleman gila. jandi comel gila. ish semua nak gila. citpodah. cerita rekaan semata mata, mustahil ada dalam realiti. :>

sweet dah ni nak melting point.

okay bai. nak sambung tengok, jangan kacau. FOKUS. :PP

Wednesday, April 20, 2011

rewards, approach yang berkesan setakat ini.

2 jam yang lalu, aku tengah bertungkus lumus buat kerja sekolah. bukan 1, tapi 2 essays yang word nya 1000++ each. and guess what?

sekarang dah siap. nikmat dia, toksah cakap. rasa macam baru lepas habis SPM. serius enjoy gila sampai sekarang dah pukul 1.30 pagi semua housemates masih berjaga cerah bijik mata. and aku kat depan TV lagi nih. nampak tak betapa nikmatnya dah habis ASSignments? nampak jelas?

menghadapi hari hari yang sukar 2-3 hari ni memang menduga kesabaran aku. dah dengan kerja sekolah bertimbun. empat kerja sekolah berderet satu minggu. cuaca pulak, sejuk membeku. bulu roma pun tak dapat meremang. mood caca marba. sat elok macam sunshine. sat lagi pulak masam macam cuka. stress punya pasal.

sebagai balasan setimpal dengan apa aku dah buat, esok, aku nak tibai sushi. lantaklah suka tak suka belakang kira. yang penting, makanan, makanan dan makanan.

itu reward jangka pendek. reward jangka panjang? pegi merantau melihat keindahan bumi Allah. :) insyaAllah minggu depan, tapi just doakan semua selamat.

terbukti behaviourism berkesan dengan aku. buktinya, motivasi aku untuk siapkan assignments, supaya aku dapat cuti seminggu Easter.

terima kasih Skinner atas teori behaviourism anda.

Tuesday, April 19, 2011

:)

don't ever wish people to understand you when you yourself don't.

i'd better back off. won't bother anymore, i promise. :)

kasi update sikit.

update pendek.

currently suhu 5 darjah celsius. tu suhu paling tinggi dua tiga hari ni. nak sentuh ayaq, ya Allah. kalau takdak kepentingan, jangan haraplah. tapi semayang penting wei, so haruslah aku jaga air semayang supaya tidak terbatal. mandi apatah lagi. normal kalau orang tak mandi time ni. aku mandi eh. jangan nak pikiaq bukan bukan. haha

bubble jacket bestfriend aku sekarang. even dalam rumah, luar rumah, aku sentiasa pakai. tido WAJIB pakai. berkepuk je duvet aku. ouh duvet tu macam comforter, tapi untuk cuaca sejuk. dan lagi satu to keep me warm, aku guna hottie. hottie tu macam bekas getah letak air panas bentuk macam botol tu. selesa gila tido peluk hottie malam malam. bukan peluk hot chicks eh.

time sejuk sejuk camni nak buat assignment, mula la. mula la otak lagging. rasa macam neuron neuron itu membeku dengan jayanya dan jadila brain freeze! rindu panas Malaysia weh. rindu. rindu. rindu. rindu. (ulang rindu tu banyak banyak kali bagi feel sikit)

short la kan update ini? bye, aku nak pegi lecture. selamat meredah angin taufan sejuk membeku, Qistina.

Saturday, April 16, 2011

lagu random

dah jadi tabiat aku time buat keja aku akan pasang lagu random konon peneman.

petang tadi lagu backstreet boys.

semalam lagu hindustan.

kemarin dulu lagu rock kapak.

kemarin kepada kemarin dulu lagu nasyid.

minggu lepas lagu korea pun aku tibai dengaq.

malam ni? jom try lagu raya.

saja cari nahas betul. currently on playlist ; satu hari di hari raya.

padan muka sapa suruh gatal nak dengar sangat, nah sekarang mula la tu. mula. mula buat keja cepat!

meet my new boyfriend

salam and greetings.

apa khabar orang kampung? sihat dok? harap2 sihat saja hendaknya.

untuk pengetahuan korang, aku sekarang tengah bertungkus lumus memerah keringat tulang empat kerat menghabiskan assignments yang 'sedikit sedikit lama lama jadi bukit'.

4 assignments kena hantar next week, and due date, sama!

like serious. haha baru padan muka, last minute punya orang.

ayoyo. takpa takpa. pelan pelan. standard la students cam ni. time masa free berlonggok longgok, tak gheti nak bukak microsoft word. qheja bukak benda lagho - facebook, trademe, twitters, dan BLOG. bila nak dekat due date, baru kelam kabut kelam blur nak buat mana satu pun tak tau. normal. :D

jangan tiru aksi di atas sekiranya anda mahu pass dengan flying colours.

good luck, qistina. :) ingat, cuti 1 minggu menanti. ice skating. Queenstown. Mount Cook. Wanaka. extrinsic motivation. :DD

nak sambung keja. see you soon, someday somehow! :) take care, wassalam.

Sunday, April 10, 2011

issues

me and my heart we got issues
(issues, the saturdays)

lagu kesukaan buat masa sekarang. :)

eh sambung keja lah. sembang nak pegi library buat keja. heh budak ni.

eh,sempat pulak nak webcam webcam. dahla senyum buat buat. sambung keja cepat!

Saturday, April 9, 2011

make up and I

salam and greetings.

so, how's life? so far so good. yeah, so good bila selasa ni ada test. so good bila khamis kena submit satu assignment, and yet, aku tengah mengarang esei untuk blog. like, are you serious you want to waste your time here merepek about things? YES, i want to, sambil baca buku untuk test, tak salah kan? well, unless kau tak bukak buku lagi tapi dah ngadap laptop, itu a big NO. cepat, bukak buku!

.
..
...

okay aku dah bukak buku.

so, mende aku nak merepek arini eh?

kalau nak ikut title, sah sahla aku nak cerita pasal make up. mungkin for boys, they don't really care pasal mekap. tapi kalau tanya si jelita, (eceh adjektif nak jelita je), mustahil diorang tak suka mekap. mustahil.

sebab aku sebagai perempuan yang tak reti mekap pun suka tengok perempuan cantik cantik. bila diorang mekap, like, 'wah!'. terpana. itu baru seorang perempuan melihat seorang perempuan yang lain. kalau lain jantina tengok, apa cerita? lagi tinggi wah dia.

but frankly speaking, aku takdela minat mekap sangat. minat nak belajar, minat nak tawu macam mana nak mekap, tapi sampai sekarang aku rasa aku tak suka mekap my own self. faham tak? ayat mungkin berbelit belit. ini yang straightforward punya.

aku suka tengok orang mekap, aku suka nak belajar mekap, tapi i don't feel quite right about having make ups on my face.

haha :D kenapa?

mungkin sebab aku senang macam ni. simple, easy and natural. tak payah nak take time nak siap. tempek bedak baby, pakai tudung, and you're ready to go. simple kan?

mungkin jugak sebab aku takde geng kat rumah nak influence aku pasal mekap. anak perempuan sorang, jadi memang terserlah ke'jahil'an tentang penggunaan mekap. setakat lipgloss, itu ibu punya influence. :P

dulu waktu tunggu result SPM, ayah suruh aku pegi giatmara, ambil short course 6 bulan. and what a surprise bila dia suruh aku masuk kelas solekan & dandanan. when i asked him why, senang je jawapan dia. "nanti senangla nak mekap depan suami nanti." pemikiran ayah yang jauh ke hadapan. futuristik.

sekarang?

tengah belajar sikit sikit.

tak semestinya tanpa mekap perempuan tak cantik. it's just a matter of how you view your own self. kalau korang suka mekap, and it makes you feel good about yourself, go for it. confident itu penting. :) aku pun suka tengok perempuan cantik dan mekap lawa. :P

but still, i prefer to be natural, just the way i am. :) maybe kalau bosan bosan setakat nak calit calit conteng kat muka takde masalah kan? :P

p/s : belajar mekap untuk masa hadapan, you-know-what. :D

Thursday, April 7, 2011

dua tahun takdela lama mana.

salam and greetings.

lately emosi tidak stabil atas sebab hormon tidak stabil. make sense tak ayat aku?

tak suka bila jauh dengan family. korang mungkin tak rasa apa aku rasa, tapi waktu sejuk sejuk camni, suka sangat homesick. senior penah cakap dengan junior, "waktu winter la waktu nak homesick, layan terbaik punya!" sekarang bukan winter lagi tapi dah sejuk brrrr tak tau nak cakap camna, pastu dah mula nak ada takungan air untuk pembiakan nyamuk aedes.

semakin sejuk cuaca itu, semakin suram keadaan itu, semakin tinggi probability untuk sedih. boleh kot hipotesis ni?

rindu family. rasa nak peluk peluk ibu tiap kali skype. rasa nak cium tangan ayah bila tengok dia senyum. rasa nak carik gaduh dengan abang bila dia cerita pasal char kuey teaw. rasa nak sembang gosip lama lama dengan faris. rasa rindu nak main main ketuk kepala dengan eiein.

tony fernandes, bagi tiket free balik rumah boleh? kalau idris jala nak sedekah pun takpe gak. penerbangan ihsan untuk pesakit homesick.

hujan bertambah lebat bila dengar lagu Shahir AF8. serius kena avoid lagu sentimental, serius.

be stronger than before, Qistina. don't think too much.

Tuesday, April 5, 2011

bosan, boring, dan sama waktu dengannya

for the time being, aku rasa semua entry dalam blog ni bosan.

ya, like serious. i'm seriously serious.

tertarik kepada satu 'quote' from my English lecturer,
"read like a writer, write like a reader." (T.B, 2011)

baik dok senyap senyap jadi silent reader sudah. buntu nak carik idea buat assignment, inikan pulak mengarang entry. haihs budak nih. log out sekarang.

tata. take care, wassalam.

psst; entertain me with more entries, guys. mungkin aku jarang komen, tapi aku suka baca blog. especially yang make my day :)

musim luruh sudah tiba.

kalau ikut empat musim yang normal, sekarang waktu musim luruh.

tapi,

normal tak kalau...

tak kena air 2 hari?

asyik makan makan dan makan. ?

dalam rumah pakai bubble jacket?

keluar rumah mulut keluar asap?

normal untuk Dunedin. suhu sekarang, tak lebih 11 darjah celsius, paling rendah 5 darjah celsius. hargailah Malaysia! yeah, rindu iklim, cuaca, panas, hujan, dan charkoayteaw Malaysia. T_T terkeluar topik sedikit.

take care, wassalam.

Monday, April 4, 2011

fikiran bukan di sini. mungkin cuma jasad dan physically i'm here.

mungkin nampak saya macam fokus dalam kelas, but i was just merely writing every single thing on the slides tanpa memahami apa apa.

lost focus. yes, i guess.

she can smile per-fakely perfect. :)