She's gonna wait..

Saturday, March 31, 2012

cikgu?

orang cakap cikgu ini kerjanya mulia. sebabnya?

- tugasnya mendidik anak bangsa. dari ABC, 123, agama Islam, malah nak buang air besar pun cikgu yang ajar. bukti? sape pernah ter-ter dalam seluaq tu, mesti tengah sengih sengih meng-denykan kenyataan. cikgu yang tolong salinkan dulu ye? bukan aku lah yang pasti.

- sanggup berkorban demi kerjaya - masa, tenaga, keringat. ya, kerja macam ofis hour. 7.30-2.00 petang, sesi persekolahan. 2.00-3.00, sesi kelas tambahan. 3.00-5.00, sesi ko-kurikulum atau mesyuarat jawatankuasa. sabtu? perkembangan staf, tak pun kursus penambah baikan kemahiran atau mesyuarat bersama waris. harus berdedikasi!

- boleh jadi kerani dalam masa yang sama - data itu, proposal ini, report prestasi. cikgu dulu pakai typewriter je, cikgu sekarang? celik IT, segalanya di hujung jari!

- mak bapak kedua pelajar selepas mak bapak betul. logiknya, separuh masa pelajar setiap hari dihabiskan di sekolah. dahlah sekolah 5 hari dalam seminggu. imagine... berapa ramai "anak ter-angkat" cikgu dalam satu kelas? 30! 2 kelas? double the trouble!

- jadi teladan yang baik kepada anak murid dan masyarakat. adanya title 'Cikgu', secara automatiknya orang akan hormat. tapi kalau cikgu rotan sebab nakal? "hish, cikgu apa macam ni? takde hati perut ke ape?" ada hati perut lah tu rotan waktu budak budak. dah besar panjang? sekali dia curah asid... terkedu. biasalah, semua salah cikgu. dah tawu dah mentaliti masyarakat macam mana. hmph (emo sendiri)


mungkin cita cita dulu nak jadi dokter sebab rasa gah bila pakai white coat dengan stetoskop di bahu. mungkin berminat nak jadi power rangers merah jambu pastu selamatkan dunia dari monsters. dan macam macam lagi impian untuk masa depan waktu kecik kecik dulu.

tapi kan.. tapi... aku tetap nak jadi cikgu.sebab aku rasa, cikgu memang influence banyak manusia. bukan banyak, semua manusia to be exact. secara logiknya, cikgu adalah faktor kedua selepas ibu bapa. see? betapa mulianya jadi cikgu ni. :D

sapa kata jadi cikgu lekeh? mai aku nak sekeh kepala. cikgu garang ni!

Thursday, March 29, 2012

good old days

ya, secara jujurnya masih merasa third year sangat tunggang terbalik. macam macam nak kena pikiaq. dari atas sampai bawah, dari hujung kuku sampai hujung rambut. ahhh. rasa homesick tetiba.



bukak cerita pasai rumah ni, banyak benda aku ketinggalan lately. semua gara gara takde masa yang sesuai nak calling calling. time difference sangat tak best. time orang baru penat balik keje, aku dah nak tidoq. in the end? hujung minggu je dapat betul betul kontek. tak patut ikut teladan ni ye tuan puan.

personally, rasa macam lost. keja sekolah bertimbun, tapi.... serius takde effort nak buat. bukak depan mata dah buku reference, last last? always end up staring at the screen. hmmm. susah la camni. susah. you should do something about this. really.

mungkin aku patut berfikiran jauh. kalau aku tak buat keja tu, camne nak pass? kalau tak pass, camne aku nak further 4th year merangkap final year? kalau tak further 4th year, camne nak grad? kalau tak grad?

malas fikir jauh jauh dah. aku rasa post aku dah banyak merapu lately. apesal ni?

Sunday, March 25, 2012

pengalaman

semalam adalah Sabtu. untuk pengetahuan tuan tuan puan puan cik adik manis, semalam juga adalah hari party sedunia di Dunny. not to say sambutan anniversary ke ape, ia cuma satu party yang diadakan di sepanjang Hyde Street, dari pagi sampai malam. tapi kira famous amous jugakla event ni. kalau tak, tak mungkin sampai keluar berita mengatakan dijangka 10k orang akan attend this party. whoa!

nak dijadikan cerita, area rumah aku memang dekat la street ni. sebelah menyebelah je kot. takpe, cool dulu. jangan gelabah gelabah, baru nak masuk gear 1 cerita ni.

kebetulan, aku dan housemate dah plan nak keluar. sebagai langkah keselamatan, kitorang guna jalan yang jauh dari event tu. sangkaan nya, selamat lah kan, since tak lalu that area yang 'kacau bilau' itu.

tetapi...

tidak selamat sama sekali apabila kitorang bertembung dengan sekumpulan muda mudi berpakaian costume entah hape hape di hadapan rumah.

trying to be nice and friendly, housemate aku melemparkan sebuah senyuman. "so far so good," bisik hati kecilku. tapi tak jadi good sangat lah kan bila kitorang dengar ada orang lari lari belakang kitorang pastu berhenti betul betul belakang kitorang.

okay. muzik suspens bermula.

muka masing masing cuak tak tau nak habaq cemana. kalau toreh muka aku, komfem keluar darah putih. (eh tetibe je?) rasanya kalau orang rekod cara kitorang jalan, boleh masuk Sukma acara walkathon. serius cepat gila kitorang jalan, serius tak tipu.

sampai lah satu ketika di mana seorang mudi berpakaian macam langsuir (kot?), tangan dan muka penuh cat hitam, betul betul belakang kitorang. kemuncak kecuakan berlaku bila dia nak pegang kepala housemateku itu.

aku memang tak pandang belakang dah pastu. apa nak jadi, jadi lah. yang penting, jalan secepat boleh, pegi tempat umum so that tidak dikejar lagi. so, kitorang menuju ke sebuah supermarket berdekatan. konon macam safe la kan.

rupa rupanya, diorang pun nak datang supermarket tu jugak. tsk tsk tsk

rasanya assumption bahawa diorang mengejar aku dan housemate itu perlu dipertimbangkan semula. kot kot diorang lapaq nak beli breakfast kot. patutla dok tengok depa gelak gelak lain macam. hiburan mungkin?

p/s party? tak best langsung. loud music, bau busuk, orang tingtong tingtong. tempat orang, qistina. semoga sentiasa dibawah lindunganNya, ameen.

Friday, March 23, 2012

first step

hari ini hari jumaat. seperti biasa, kelas dua jam. tapi penatnya... serupa berjam jam! *_*

kerja rumah sudah mula menjenguk jenguk. dialog biasa, "bila nak mula ni? bila? katakan bila??!" okay, drama habis. bak kata omputih, the first step tu lah akan bawak kepada beribu ribu steps. beribu ribu kilometer pun boleh. ikut suka tuan puan ye. janji mesej sampai.

nak kata kat sini, everything starts daripada zero. zero means kosong. kosong means takdak apa apa. dari nothing, nak buat jadi something, kena bermula dengan diri sendiri. takdak sapa boleh ubah, nothing changes kalau kita tak nak. kita here means kita. saya, dia, kamu, mereka. dan semua yang membaca post ini, sila sedar anda tergolong dalam kalangan 'kita' tersebut.

teringat satu quote seseorang.

"kita nak ada something, tapi kita tak nak buat anything. how's that?"

sebenarnya itu quote aku. hihi *big grin*

oleh itu tuan tuan puan puan cik adik manis sekalian, apa kata tutup belog sekarang, mula kan ayat pertama assignment Health Education, atau guided reading atau sebarang kerja yang perlu bermula, dan kita jumpa lagi di lain waktu, di lain post, insyaAllah.

jaga diri semua!

Friday, March 16, 2012

nothing much

a random post, but this uneasy feeling keeps me thinking, and thinking, and thinking.



this is way too much. ottokae?

Sunday, March 11, 2012

we knew it'd happen eventually

Tell me something sweet to get me by.





keep me busy, Third Year. :)

Saturday, March 10, 2012

si dia A, tahun tiga, dan aku.

rasanya baru je aku cakap pasal semangat awal sem kan?

tapi kalau tengok jadual assignment seperti tertera di bawah, rasanya semangat tu pun nak main aci lut at at (omputih cakap hide and seek).


come on student 3rd year! cakap nak grad cepat, tapi perangai... baloq liat! tsk tsk membebel sorang sorang -_-"

sedikit iri hati dengan kawan kawan yang sudah grad. tak mengapa hati, jangan iri sangat. masa itu akan tiba, cuma hang kena tunggu sikit. 2 tahun. 4 semester macam dalam gambar di atas, and you'll survive, insyaAllah! *mata bersinar penuh pengharapan*

Friday, March 9, 2012

long time no see.

a lot to catch up. baru dapat connection internet di rumah. will update more soon!






in the meantime, try harder Qistina. should i call you, super not-so-little girl? ;)