She's gonna wait..

Friday, December 28, 2012

it's final year pepol, welcome back senior tua!

lagi beberapa hari lagi sebelum kembali ke Kuching, well i could have said i'm all excited to go there again, meet all the old and new faces, stacks of assignments (high expectations too of course!) and many more, i guess?

NOPE. bukan tak eksaited, ni nama dia... sindrom cuti lama. dia punya baloq liat nak start kelas, ya ampun... sila tarik telinga anak anak jika mereka ada sindrom seperti ini ye ibu bapa.

but yeah, life must go on. (ayat cliche) a year to go, and lepas tu, secara rasminya tanam anggur, yeay! okay tak gembira mana pun sepatutnya.

takpe, takpe. we'll see how it goes. gembira tak gembira, tu belakang kira. yang penting, sentiasa berusaha untuk jadi khalifah dan 'abid tak kira di mana jua anda berada, ingat ye anak anak. renung renungkan, dan selamat beramal!

semoga final year ini boleh buatkan diri ini busy, semoga final year ini lebih bermakna iA.

kadang kadang kita sedih bila hujan turun, sebab tak dapat pegi shopping la, tak dapat main bola la.
tapi kita tak sedar, rupa rupanya selepas hujan itu, ada pelangi yang cantik banget. yang buatkan kita terpaku, lalu berkata... "Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, macam hujan dan pelangi juga."

okay ini dah merepek betul.

p/s : tersenyum kelat bila ibu usulkan, "Nanti buat kenduri abang dengan ina sekali lah. Save sikit duit." "Ibu, taknak lagila... Ina nak tunggu 25, baru fikir. Boleh?" motif? final year nih la time orang nak tanya soalan cenggini, apesal tak tanya waktu first year? semangat sikit nak menghabiskan studynye. >_<"

kbai, have a blessed weekend everyone!

Tuesday, December 25, 2012

mixed up.

kalau boleh pahat perkataan sabar dalam kepala otak, tanam dalam hidroponik hati, prektis mulut untuk mengucapkan syukur atas ujian yang menimpa., kan bagus.

mustahil la manusia, anda tu manusia. mana mungkin manusia boleh bersabar sebaik itu.

"Things will never get better, if you don't get better."

:(

Monday, December 24, 2012

degil anak kedua ni.

too many things i wish i could have said, but i don't.




you've been holding on for so long. sabar, sabar, sabar. if only this word semudah dikata.

"so cling to what you know, and never let go."

Saturday, December 22, 2012

Ku Lim, Manyak Nostalgia ooo.

weekend weekend cenggini sememangnya hari yang pasti terisi dengan perkataan kenduri, pengantin, air sirap dengan kondensasinya, dan macam macam lagi pe'el kenduri di musim cuti sekolah.

alkisahnya, nak dijadikan cerita harini, ada 4 kenduri semuanya. satu jiran belakang lorong, satu dekat pendang, satu dekat sungai petani, dan satu lagi dekat kulim.

bila sebut pasai kulim ni, dia ada satu perasaan lain macam. perasaan syahdu lain macam, sungguh.

lalu jalan jalan biasa untuk balik ke asrama, singgah tempat tempat lepak outing dulu. nostalgia dia, lain macam.

tambah tambah pulak dulu kulim pekan kecik je, bas boleh kira berapa bijik lalu dalam 8 jam (okay, exaggerate much). bila sekali sekali datang jenguk, wah wah. pesat membangun ye bandar kulim sekarang. rasa bertuah dan bangga datang bersilih ganti. eh.

nak senang cerita; kulim ni memang nostalgia habis la! tengok Yawata pun boleh meleleh ayaq mata tau, dok pikiaq, "Dulu mai beli biskut kering ja kat sini, la ni, biskut kering pun tak pandang." eh. *garu kepala*

the moral of the story is; sila hargai masa masa yang anda ada. kerana masa itu akan berlalu pergi, dan anda akan merinduinya, sepertimana penulis merindui zaman high schoolnya. oktengsbai. *log out*

Friday, December 14, 2012

masalah oh masalah

masalah.

semua orang ada masalah, even kalau orang tu cakap, "eh hello. i takde masalah pun okay. hidup i senang lenang, takdek nak fikir macam macam. smooth je hidup, macam smoothies.", itu pun masalah. masalah tak sedor diri. ehemm.

that's not the main point here.

kalau nak dihitung masalah, dari sekecik kecik kuman, "alaaa, syampu dah habis pulak. time tengah mandi la baru nak perasan. hampeh betoi!" sampai ke sebesaq besaq alam, "duit takde nih, atleast i kena ade 88juta hinggit nak buat projek mega nih,". memang takkan pernah habis. lepas satu, satu. lepas dua, dua pulak dia mai. lepas tiga, beramai ramai dia memeriahkan suasana. masalah, masalah.

sebagai manusia normal, at times aku pernah rasa "Why oh why, why me?", "Kenapa mesti sudah jatuh ditimpa tangga, kenapa tak jatuh ditimpa permata?". itu baru sikit, lagi dasyat sampaikan boleh persoal pulak tuh. "tak adil, sebab orang lain takde pulak nak bermasalah ceni, kenapa aku je masalah berlonggok longgok never-ending punya?"

astaghfirullah hal 'azim.

cuba fikir baik baik, kenapa kita diberi masalah in the first place?

aku suka untuk pujuk diri sendiri bilamana masalah menimbun bak gunung Everest, dengan one of my favourite ayats; "Allah takkan beri sesuatu melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya." setuju? tipu lah kalau kita cakap, tak mampu. tak mampu apenye, kalau Pencipta sendiri bagi masalah itu sebab percaya hambaNya ini mampu. fikir logik la, Dia jugak yang bagi kekuatan, kesabaran, dan ilham nak hadapi masalah ini. so, why don't kita percaya yang diri kita boleh hadapi masalah ini?

keep in mind, that serumit mana pun masalah itu, we're not all alone. ramai lagi orang, masalah nya lagi teruk dari kita. putus kaki, rumah terbakar, kena buang kerja, and other dreadful things yang kita tak pernah imagine pun, "like seriously, masalah macam ni wujud? oh em gi, kesiannya!" so, tak reti bersyukur lagi ke, masalah seciput baru, dah menggelabah serupa hape je. *insert emoticon muka toya*

on the positive side, rather than kita dok hitung masalah bertimbun2 tu, why don't kita hitung nikmat dan blessings yang lagi lah banyak banyak banyak? be grateful, kerana dengan masalah itu lah, belajar menghargai. dengan masalah itu lah, baru kita tahu siapa Pencipta, siapa ciptaanNya. dengan masalah itu lah, baru kita ada rasa redha dan berserah diri. and even dengan masalah itu lah, baru lah kita guna akal yang dah berkarat untuk berfikir mencari solusi.

yang bercakap ini, takkan bercakap kalau bukan dia yang sedang berhadapan dengan masalah. cumanya, dia tengah kumpul kekuatan, dengan secalit senyuman, dan airmata (oh well, this cengeng woman and the adjective talks) so that dia percaya, setiap masalah pasti ada hikmahnya.

:)

p/s; superwoman to the rescue, yeyeahhh! cakap serupa bikin, boleh? :p

Saturday, December 8, 2012

life is just too real, for now.

Too many things left unsaid, they are best to be kept inside.



Sebab tak siapa yang faham. The shoe size will never be the same, so don't try and say, "Hey, i've been walking in your shoes!"

No,

.. and the sweetest smile will do the rest of the cases.

:)

Tuesday, December 4, 2012

a 'warm' welcome from Malaysia.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. bersiaran langsung dari Baitul al Mubarak (well, that's my house name!) Kepala Batas, Pulau Pinang. masuk hari ni, dah hari ke-4 berada di home sweet home, iA.

it took me almost a day to reach home, dan memang banyak sangat mengajar diri untuk sabar. sabar dengan kematu duduk for 10 hours, sabar dengan proses imegresen yang entah pape, sabar dengan beg yang berat berat, sabar dengan karenah manusia yang pelbagai, dan macam macam lagi, you name it.

but alhamdulillah, sabar atau tidak sabar pun, dah berjaya lepasi semua itu, dan sekarang sudah pun berada di tanah air tercinta, tempat where real life begins. where reality matters.

so far so good, iA. wishlist yang banyak pun, dah berkurang. cumanya mungkin perlukan cendol pulut ke, sate ke, pulut derian ke, ehemmm. stop it, qistina, you just make others drooling too. hihi :p

until yesterday. i woke up at 6 something, when i realized something was not right with my neck.

"kenapa ada bonjol bonjol pelik ni?" bila dipicit, pedihnya... tak terkata.

lepas rujuk dengan ibu dan tok, we suspected few penyakits, maybe kelopak garam, or chicken pox. lepas breakfast, pegi jumpa dokter, and yeah. qistina positive chicken pox.

and here i am, kena tinggal kat rumah sorang sorang bila semua orang ada hal kat luar. wuwuw lagi dikesalkan, bilamana program yang telah dirancang, tak dapat dilaksanakan. huhu

benarlah, Allah is the best planner. tak mungkin Allah turunkan ujian ini saje saje, melainkan untuk menguji sejauh mana hamba ini bersyukur dengan nikmat kesihatan yang selama ini always, always dia take for granted. tak mungkin Allah berikan nikmat ujian ini, kalau tidak untuk melatih diri untuk redha dengan perancanganNya. benarlah, apa yang berlaku tak pernah sia sia melainkan ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya.

makanya, qistina pun terpaksalah 'perintah berkurung' for atleast 1 week kat rumah. dia punya gatal... tak tau nak describe cane. nak garu, kang lekat parut kekal. tak garu, dia punya nafsu nak garu tu... ish. dengan lenguh lenguh badan, memang literally rasa berat tulang. what to do, just bear with it, qistina.

ibu once said, "itulah. haritu waktu sampai kat klia tak mandi, almost 24 hours tak kena ayaq, tu yang kena demam campak nih." ingin saja dibalas begini;

"ibu, kalau ina mandi ka, tak mandi ka, kalau Allah nak bagi jugak demam campak ni, mandi bunga pun dia mai jugak.", tapi monolog dalaman sajalah ye. :p

semoga ini yang terbaik, iA. have a nice day, peeps! :)